Khamis, 15 Disember 2011

MATA NORMAL

MATA YANG NORMAL
  •  AnakMata Hitam(TidakPutih)
  •  PenglihatanDekat Yang Jelas
  •  Kedua-dua Mata Selari Mata selari dan tidak juling

Rabu, 14 Disember 2011

Kanta Lekap : Mahu Bergaya atau Undang Bahaya?


Tahukah anda, sewaktu mula-mula diperkenalkan dahulu, kanta lekap hanyalah merupakan pengganti kepada cermin mata. Namun, keadaan ini telah berubah pada masa kini kerana trend masyarakat kini, mereka mula menggunakan kanta lekap untuk tujuan dan sekadar mahu bergaya serta tampil berbeza. Hal ini seiring dengan perkembangan bidang fesyen dan optometri, kanta lekap turut berubah fungsinya.

 Pada hari ini, kanta lekap telah dianggap sebagai aksesori berbanding fungsinya yang asal. Malah, penjualan kanta lekap berwarna turut mula memenuhi pasaran dan boleh didapati dengan harga yang murah. Akibat permintaan yang tinggi ini, ada segelintir pihak yang memandang mudah soal penjualan kanta lekap. Hal ini adalah salah kerana jika mengikut prosedur yang betul, penggunaan kanta lekap oleh orang ramai perlu dilakukan oleh Pakar Optometris bertauliah agar mereka dapat memeriksa mata pengguna terlebih dahulu bagi mengukur tahap kesesuaian penggunaan kanta lekap ini.

Namun, hal ini berbeza dengan keadaan sekarang kerana kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada Pakar Optometris terlebih dahulu sebelum membeli kanta lekap kerana kebanyakan daripada mereka membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam. Malah, tujuan mereka membelinya juga adalah sekadar untuk bergaya dan bukannya sebagai pengganti kepada pemakaian cermin mata.

Contoh individu yang memakai kanta lekap berwarna untuk tujuan bergaya
Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk Optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta. Acanthamoeba pula sebagai penyebab keratitis di kalangan pengguna kanta lekap. Penyakit-penyakit ini adalah seperti jangkitan kuman iaitu kontamentasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti protozoa, kulat, dan virus. Jangkitan ini seterusnya akan menyebabkan penyakit seperti sakit mata, mata merah, kelopak mata berlendir, air mata meleleh, kurang penglihatan serta bintik pada kornea.  Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk merawat penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah terlebih dahulu.

Bagi penjelasan lanjut mengenai pemakaian kanta lekap, seorang pakar telah memberikan pandangannya iaitu Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menurut beliau, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk lagi tambahnya, ada pihak atau segelintir masyarakat yang berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah tersebut boleh mengundang padah bahaya. Tabiat tidak menitik beratkan soal penjagaan kanta lekap ini nyata akan mengundang jangkitan penyakit akibat jangkitan kuman.

Mata merupakan organ yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian, amat penting bagi kita untuk memeliharanya dengan baik. Jika ingin memakai kanta lekap, kita perlu mendapatkan maklumat secukupnya terlebih dahulu sebelum membelinya. Pastikan kita juga mendapatkan kanta lekap daripada pihak yang bertauliah dan lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kanta lekap sesuai. Seperkara lagi, amalkan rutin penjagaan yang betul dan berdisiplin untuk mengelak komplikasi yang boleh menimbulkan masalah pada penglihatan anda kemudian hari. Pihak bertanggungjawab juga diharap dapat memantau dan mengawal penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah.

sumber: http://www.ukm.my/monline/kanta-lekap--mahu-bergaya-atau-undang-bahaya.html