INFO KESIHATAN

ÒTAHUKAH ANDA???
ÒApakah maksud rabun mata?
    Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina
    (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf).
ÒMata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina.
ÒRabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini
    menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

 KENAPA RABUN MATA?
Rabun disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan Kuasa kornea dan kanta mata.

CIRI-CIRI ANDA RABUN MATA?
~ Tulisan di papan hitam tidak jelas 
~ sering meniru ketika di kelas
~ sering kelip dan gosok/ genyeh mata
~ mata berair
~ sering mengeruh dahi dan terteleng
~ melihat TV pada jarak dekat untuk kepuasan
~ mata sakit dan penat
~ sakit kepala 
~ merosot dalam pelajaran


TIP-TIP CARA PEMAKAIAN KANTA SENTUH


Semua sedia maklum, sekarang makin ramai yang pakai kanta sentuh (contact lens )tak kiralah tujuan untuk 
mengatasi masalah rabun mahupun untuk bergaya. Tapi ramai yang ambil mudah tanpa tahu tentang penjagaan
yang perlu bagi pemakaian kanta sentuh ni. Ini kerana mata ialah aset utama manusia yang paling 
sensitif. Oleh sebab itu, cara pemakaian dan penjagaan kanta sentuh perlulah teliti dan berhati-hati.
  •          Buat pemeriksaan berkala dengan pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
  •         Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.
  •         Jangan sesekali melebihi tempoh pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
  •         Jangan pakai kanta sentuh yang sudah rosak.
  •          Basuh tangan setiap kali hendak memakai kanta sentuh.
  •         Kuku yang panjang boleh menyebabkan kanta sentuh terdedah kepada kerosakan serta kecederaan ketika memakainya. Bagi mengelakkan kejadian seperti itu, elok berkuku pendek.
  •          Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
  •          Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
  •          Tutup kedua-dua mata ketika ingin menggunakan sebarang semburan.
  •         Jangan pegang kanta sentuh jika membawa bahan kimia.
  •          Simpan kanta sentuh ke dalam bekas yang sesuai.
  •         Apabila menyimpan kanta sentuh ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah sebelum menutup bekas berkenaan.
  •         Jika terdapat gurisan atau apa saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
  •          Elakkan membeli kanta sentuh yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset paling berharga dan sensitif.
  •         Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.
Sumber: Harian Metro dan tokok tambah tuan blog.



PENJAGAAN KANTA MATA
Amalan yang betul

1.Guna kanta sentuh setelah mendapat nasihat dari pengamal yang terlatih seperti oftalmologist, optometris dan pegawai optik yang mempunyai permit untuk kenata sentuh.
2.Ketahui cara penjagaan kanta sentuh yang betul.
3.Cuci tangan dengan sabun sebelum menyentuh kanta sentuh.
4.Cuci kanta sentuh dengan larutan khas.
5.Bersihkan bekas kanta sentuh setiap hari.
6.Pastikan kuku pendek dan bersih.
7.Jalani pemeriksaan mata secara berkala oleh optometris atau oftalmologist.
8.Tanggalkan kanta sentuh dengan segera jika mata merah
  atau tidak selesa dan terus jumpa  doktor