SEJARAH KACA MATA


  • Kacamata merupakan salah satu penemuan terpenting dalam sejarah kehidupan manusia. Penemuan teknologi kacamata sangat berhubung kait dengan perkembangan kaca pembesar.
  • Kaca mata atau cermin mata bukan saja berfungsi meningkatkan penglihatan, sebaliknya sebagai pelengkap gaya. 
  • Sejarah penemuan teknologi kaca mata tertua dikatakan dimiliki oleh masyarakat di kota kuno Niniwe. 
  • Mereka mengenal kaca mata, yang sebenarnya berfungsi sebagai kaca pembesar dengan lensa menggunakan kristal. Masyarakat Yunani kuno pula mempunyai kaca pembesar dengan bola kaca berisi air. 

  • Ketika abad ke-12, kaca pembesar daripada kuasa dipasang pada bingkai dan muncul di kalangan masyarakat China dan Eropah.  
  • Pada ketika itu, mereka melihat lensa menerusi kaca mata memberi banyak manfaatnya, terutama yang mengalami masalah penglihatan, seperti rabun jauh dan dekat. 
  • Pada tahun 1268, seorang tokoh ilmuwan iaitu Roger Bacon, berpendapat lensa diperlukan sebagai peralatan optik. 
  • Roger Bacon menulis tentang kaca pembesar dan menjelaskan bagaimana membesarkan benda menggunakan sepotong kaca. 
  • Hal ini menunjukkan alat-alat ini sangat bermanfaat untuk orang-orang tua dan orang-orang yang memiliki kelamahan pada penglihatan.
  • Alat ini juga disediakan untuk mereka supaya dapat melihat benda yang kecil. Keadaan ini telah membawa kepada penciptaan kaca mata. 
  • Malah, terdapat sesetengah pihak menganggap kaca mata wujud dari Itali pada tahun 1286. 
    • Pada tahun 1300-an, kaca mata mulai dikeluarkan secara komersial dengan pusat pembuatannya di Venesia.
    • Namun walaubagaimanapun, kaca mata ketika itu masih mempunyai kualiti lensa lebih sederhana dan di reka dengan dua lensa bersambung tanpa tangkai. 
    • Penghasilan kaca mata tersebut khusus untuk mereka yang mengalami gangguan rabun.

  • Pelbagai cubaan telah di buat untuk memberi keselesaan kepada pemakai untuk memakai cermin mata. 
  • Ada berpendapat untuk memakainya perlu memasang lempengan logam panjang mulai dari batang hidung hingga ke bahagian tengah kepala lalu turun ke bahagian leher. 
  • Memandangkan pemakaiannya yang rumit dan tidak praktis, kacamata tersebut tidak di minati. 
  • Model lain yang di reka ialah dengan memasang rantai kecil pada kedua sisi kacamata dan di ikatkan pada bahagian belakang kepala. 
  • Namun walaubagaimanapun, semua cubaan itu tidak mendapat sambutan daripada mereka yang menggunakan kacamata sehingga pada tahun 1784, kaca mata bifokus pertama di dunia dihasilkan oleh penulis ilmuwan Amerika yang dikenali sebagai Benjamin Franklin. 
  • Alat optik berkenaan lebih selesa dan memudahkan aktiviti seperti perjalanan selain daripada boleh menikmati pemandangan dan membaca.
  • Benjamin Franklin juga telah berjaya memisahkan kanta cembung dan cekung. 

  • Manakala pada tahun 1938, kanta sentuh plastik telah diperkenalkan dan hanya boleh menutupi bahagian kornea mata.
  • Lensa berkenaan kini semakin digemari oleh pelbagai peringkat usia kerana memudahkan pergerakan harian tambahan pula lensa tersebut lebih selesa dan tidak meletihkan.

  • Oleh itu, bagi menghasilkan satu kaca mata yang berkualiti, pelbagai percubaan telah dijalankan oleh masyarakat pada zaman dahulu.
  • Hal ini demikian kerana, untuk menjamin keselesaan kepada mereka yang mengalami masalah mata yang rabun khususnya bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti sehariannya.
  • Namun walaubagaimanapun, pemilihan kaca mata juga bukan sekadar membantu penglihatan tetapi rekaan turut membantu menyerlahkan penampilan seseorang.